RESDUNG

Penyakit resdung kulat makin bertambah

Oleh DR MOHAMAD HAMZAH - Penasihat Pembedahan Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu

RESDUNG ialah sejenis penyakit hidung yang terjadi akibat radang pada membran sinus. Sinus ialah rongga dalam tulang muka yang mengandungi udara dan permukaannya diseliputi mukosa (kulit yang mengeluarkan mukus atau hingus).

Mukosa mengeluarkan hingus dalam keadaan biasa (fisiologikal) dan hingus ini mengalir keluar dari sinus melalui lubang kecil dinamakan ‘ostium’ ke dalam rongga hidung. Apabila ‘ostium’ tersumbat, hingus terkumpul dalam sinus dan keadaan ini mengundang kehadiran kuman yang akhirnya boleh membawa kepada terjadinya resdung.

Resdung boleh disebabkan virus, bakteria atau kulat (fungus). Semakin banyak kes resdung kulat dijumpai akhir-akhir ini, baik pada pesakit biasa atau mereka yang ada kompromi imuniti (ralat sistem pertahanan badan).

Penemuan Klinik Mayo pada 1999 mendapati, ada kulat pada 96 peratus pemeriksaan sampel hingus dari sinus pesakit sinusitis kronik. Ini bermakna ramai daripada pesakit sinusitis kronik mempunyai resdung kulat atau penyakit itu menjadi pemula kepada resdung kulat. Satu kumpulan lagi pesakit yang kerap mengidap resdung kulat ialah mereka yang ada polip hidung.

Bagaimana ia terjadi

Ketika bernafas, setiap orang menghidu masuk ke dalam hidung berjuta spora fungus setiap hari (dianggarkan 57 juta spora sehari). Bagaimanapun, spora ini tidak dapat membiak dalam hidung atau paru-paru yang segar dan sihat.

Mukosa hidung dilengkapi sistem pertahanan tertentu untuk melawan fungus atau bakteria. Apabila berlaku ralat dalam sistem imuniti setempat atau umum, spora fungus dapat membiak sehingga menyebabkan resdung kulat.

Besar kemungkinan spora fungus tersedut ke dalam rongga sinus ketika bersin atau menghembus hingus dengan kuat. Secara tepat bagaimana proses ini terjadi tidak difahami sepenuhnya.

Apa kesannya kepada hidung dan badan

Spora dalam rongga sinus akan membiak dan mula memberi kesan buruk kepada sinus. Kewujudan fungus membawa kepada beberapa reaksi kimia dan pemprosesan Major Basic Protein (MBP) yang berperanan membunuh fungus, tapi dalam masa sama memudaratkan mukosa dan membenarkan prolifirasi atau pembiakan bakteria.

Ada beberapa jenis sinusitis kulat, tetapi ia boleh dibahagikan kepada dua entiti utama, iaitu:

n Jenis yang menyerang struktur sekeliling (invasive). Ini lebih berbahaya. Satu entiti dipanggil fulminant fungal rhinosinusitis mampu merebak cepat hingga ke otak dan mengakibatkan kematian dalam masa singkat.

Jenis ini terjadi pada kes diabetes tidak terkawal dan pesakit kurang ketahanan badan. Penyakit jenis ini menyerang pembuluh darah.

n Jenis yang tidak menyerang struktur sekeliling (non-invasive). Contohnya ialah mycetoma (bebola kulat), allergic fungal sinusitis.

Siapa yang boleh terkena jangkitan

Penyakit ini boleh berlaku kepada sesiapa saja dan tidak tertumpu kepada mereka yang ada ralat imuniti umum, pesakit diabetis atau pesakit kronik saja.

Ia lebih membabitkan orang dewasa dan sangat jarang berlaku kepada kanak-kanak. Kerapkali pesakit adalah mereka yang diketahui ada resdung dan sudah melakukan beberapa pembedahan hidung sebelumnya, tetapi penyakitnya tetap berulang. Sinus yang paling kerap terbabit ialah sinus maksila.

Simptom kulat resdung

Pesakit mengalami simtom seperti sinusitis bakteria seperti:

Hidung berhingus, terutama ada benda hitam dalam hingus

Hidung tersumbat

Sakit kepala

Keletihan dan badan rasa kurang sihat

Batuk kronik

Selalunya pesakit juga ada sinusitis yang tidak baik dengan rawatan antibiotik bahkan surgeri; ada sinusitis sebelah (unilateral), mengalami kerosakan pada tulang sinus (dapat dilihat melalui ujian imbasan Computer Tomography (CT) sinus) dan pesakit pernah mengeluarkan hingus terlalu pekat atau mempunyai tompokan hitam atau menyerupai keju.

Pemeriksaan

Pesakit memerlukan pemeriksaan endoskopi hidung. Pemeriksaan mungkin menampakkan ketulan hitam, hingus sangat pekat dan polip. Kajian lain yang diperlukan untuk mengenalpasti penyakit ialah kultur kulat atau pemeriksaan histology cecair dari sinus.

Imbasan CT pula akan menunjukkan penemuan spesifik seperti kelompok putih (tumpat) atau pembabitan tulang sinus. Ujian ‘magnetic resonance imaging’ (MRI) pula dapat memberikan gambaran radiolojikal yang spesifik mengenai kewujudan penyakit.

Bagaimana ia dirawat

Rawatan diberikan bergantung kepada kategori dan tahap penyakit. Misalnya bagi jenis ‘invasive’, rawatan segera diperlukan, termasuk pembedahan untuk membuang tisu terbabit, penggunaan ubat antikulat secara sistemik dan membetulkan sistem badan seperti tahap gula.

Dalam memberi rawatan, keadaan keseluruhan pesakit perlu dipertimbangkan. Bagi sinus yang ada bebola, fungus rawatannya ialah pembedahan sinus (termasuk secara endoskopik) tetapi ubat antifungus sistemik tidak diperlukan. Perlu ingat, ubat antifungal sistemik ada banyak kesan sampingan.

Bagaimana kesudahannya

Oleh kerana penyakit resdung kulat ada pelbagai jenis, maka tahap kesudahan dan perkembangan penyakit ini juga berbeza. Tanpa rawatan, penyakit ini akan menyebabkan simptom disebut di atas seperti sakit muka, hidung berhingus, sakit kepala, hidung tersumbat dan badan terasa kurang sihat.

Setelah dirawat, sama ada dengan ubat atau pembedahan, penyakit boleh menjadi baik atau berkurangan. Bagi jenis bebola kulat, pembedahan selalunya memberi banyak kebaikan. Bagi jenis ‘invasive’, kesudahannya selalunya mendukacitakan.

Apa perlu anda lakukan

Ramai pesakit resdung kulat tidak menyedari mereka ada penyakit itu. Jika anda ada simptom yang disebutkan di atas, anda perlu mendapatkan pemeriksaan segera daripada Pakar Telinga, Hidung dan Tekak. Rawatlah penyakit sebelum ia menjadi lebih teruk.NUFERA "Minyak Kelapa Dara" adalah produk yang dihasilkan melalui kaedah BIOTEKNOLOGI :

PENGENALAN RESDUNG

Resdung adalah perkataan yang digunakan untuk

menggambarkan pelbagai penyakit hidung.Salah satu

punca gejala gejala resdung adalah akibat jangkitan

bacteria keatas hidung dan rongga disekelilingnya.

APAKAH SINUS?(RESDUNG)

Sinus sebenarnya adalah rongga rongga didalam tulang

muka disekeliling hidung.Rongga ini bersambung ke

hidung melalui aluran aluran yang sangat

kecil.Biasanya lendir dihasilkan oleh rongga rongga

ini setiap masa dan disalirkan kedalam hidung.Jika

aliran dari sinus ini tersumbat maka lender ini akan

berkumpul seterusnya kumam bacteria akan membiak

didalam rongga sinus ini.Ini menyebabkan penghasilan

nanah dan juga bengkakan didalam lapisan hidung.

GEJALA SINUSITIS

      Sumbat hidung

      Lender dari hidung dan tekak

      Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan diantara mata

      Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang

      Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan

      Gejala alahan hidung seperti bersin,gatal hidung dan sebagainya

KEMUDRATAN SINUSITIS (RESDUNG)

      Jangkitan nanah dikawasan sekeliling mata

      Jangkitan otak

      Sakit tekak yang kronik

      Jangkitan tulang muka

      Menerukkan keadaan lelah

      Berdengkur secara kronik

      Menyebabkan jangkitan telinga dan tonsil

      Alahan hidung

      Selsema biasa yang melarat

RAWATAN

TESTIMONI PENYAKIT RESDUNG

Berdasarkan gejala pesakit diatas adalah rawatan yang disyorkan adalah dengan menggunakan Minyak Kelapa NUFEARA,NUFERA adalah pembasmi kuman semulajadi.Dalam tahun 1966, seorang professor farmakologi dan penyelidik di Universiti Michigan telah menemui sifat anti virus dan anti bakteria sejenis lemak tepu aktif yang menjadi bahan penting minyak kelapa dara.Sejak dari itu lemak tepu aktif ini telah dikenalpasti bersifat anti virus, anti bakteria, anti fungus dan anti protozoa. Sifat pembasmi kuman ini telah menjadikan minyak kelapa dara satu bahan berkesan untuk menentang penyakit disebabkan oleh kuman. Kebanyakan virus dan bacteria dilindungi oleh suatu lapisan lemak luaran yang mengekalkan kewujudan DNA mereka. Minyak kelapa dara boleh memusnahkan lapisan lemak luaran ini lantas membunuh DNA virus dan bakteria.

Mengesan pesakit resdung

Untuk mengesan pesakit resdung, kaedah endoskopi digunakan yang mana tiub kecil dan sumber cahaya akan dimasukkan ke dalam lubang hidung sehingga ke rongga sinus. Ia membolehkan pemeriksaan yang lebih teliti dijalankan bagi mengetahui apa sebenarnya yang terdapat di dalam rongga sehingga membawa kepada gejala resdung. Jika hingus di dalam ruang sinus sudah menjadi pekat dan basi, tiub akan dimasukkan untuk mencuci dan menyedutnya keluar. Pada peringkat yang lebih serius, pembedahan kecil terpaksa dilakukan yang mana bibir atas di potong untuk keluarkan daging yang tersumbat di dalam sinus,'' katanya.

Tambah Dr. Isa, bahan yang dikeluarkan daripada ruang sinus akan dihantar ke makmal untuk pemeriksaan lanjut. Sementara itu, kata Dr. Isa, sebanyak 90 peratus daripada alahan ini pula disebabkan apa yang ada di rumah seperti di bawah selimut, bantal, tilam dan binatang peliharaan. Di samping itu, katanya, sesetengah orang pula alah pada bedak herba, ubat-ubatan, buah-buahan seperti nanas, epal, tomato, badam dan lain-lain.

Bagaimanapun, katanya resdung tidak berjangkit kepada orang lain melalui bersin serta tidak diwarisi daripada ayah atau ibu kepada anak. Tetapi, masalah alahan boleh diwarisi secara genetik dan membawa kepada resdung apabila ia tidak dirawat dengan betul.

Untuk mengatasi masalah alahan, amalkan petua berikut:

Elakkan membela binatang berbulu dalam rumah seperti kucing, arnab dan anjing.

Elakkan menggunakan kain selimut yang dibuat daripada bulu binatang, sebaliknya, gunakan selimut yang diperbuat daripada bahan-bahan sintetik (tiruan).

Elakkan menggunakan tilam dan bantal yang dibuat daripada bulu binatang. Selalu basuh sarung tilam/bantal dengan air panas untuk membunuh pijat/serangga dan membuang habuk sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Gunakan pembersih hampa gas yang baik dan mempunyai penapis yang baik

Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang dibuat daripada barang-barang kain atau bulu.

Berhati-hari bagi pengguna katil di tingkat bawah kerana anda akan menyedut segala habuk dari tilam di atas.

Selalu basuh barang permainan yang lembut.

Simpan pakaian di dalam almari yang tertutup.

Elakkan penggunaan tirai langsir yang berat dan banyak kain. Selalu cuci kalau menggunakan penapis nyamuk pada tingkap.

Gunakan kain yang lembap untuk mengelap barangan alat perkakas rumah.

Amalkan menggunakan penutup hidung semasa mengemas rumah/perabot.

Elakkan memakan makanan yang ada alah padanya .

" Sesungguhnya Allah S.W.T tidak menurunkan sesuatu penyakit itu melainkan diiringi dengan penawarnya"
 

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
"Bagi Setiap penyakit ada ubatnya, maka apabila ubat itu sesuai untuk sesuatu penyakit, akan sembuh dengan izin Allah"

LAMAN UTAMA