Tips Komputer 02

Membersih Cakera Keras
Semakin besar keupayaan storan, semakin banyak fail yang disimpan. Selalunya, fail tambahan yang disimpan tidak mempunyai fungsi khusus dan hanya mengambil ruang storan.
Denganb memusnah (delete) fail dan folder yang tidak diperlukan, pengguna bukan sahaja mendapat ruangan storan tambahan tetapi menjadikan sistem lebih pantas dan responsif. Selain daripada fail dan folder, mengeluarkan "drivers" dan aplikasi yang tidak diperlukan mengurangkan tekanan kepada memori sistem. Memori sedia ada boleh digunakan oleh aplikasi yang penting dan ini juga membantu meningkatkan persembahan sistem dan ketika operasi perisian.
Bagaimanapun pengguna harus berhati-hati ketika mengeluarkan fail dan "drivers" kerana ia mungkin menyebabkan sistem operasi atau aplikasi berhenti berfungsi.
Cara mudah ialah dengan menggunakan fungsi Add/Remove Program ketika mengeluarkan perisian daripada sistem. Pengguna juga boleh menggunakan program Uninstaller atau fungsi "uninstaller" yang dilengkap bersama perisian.
Jika was-was akan fungsi sesuatu fail, pengguna boleh menamakan semula fail tertentu didalam direktori lain dan lihat kesannya kepada operasi sistem. Jika tiada kesan negatif kepada operasi, baru sesuatu fail itu boleh dihapuskan.
Sebagai jaring penyelamat, pengguna digalakkan supaya membuat "backup" keseluruhan sistem.

Scan Disk & Disk Defragmenter 1

Biasanya kalau kita nak jalankan program ini kita akan buka melalui Start > Program > Accessories > System tools > Scandisk/Disk Defragmenter.
Program ni selalunya akan memakan masa yang panjang. Jadi tips untuk mempercepatkan program ini, kita 'end task' program-program lain yg sedang berjalan semasa kita dalam 'environment' windows. Caranya begini.
1. Tekan serentak CTRL + ALT + DEL.
2. Apabila keluar satu paparan window 'close program', kita highlightkan program-program lain selain EXPLORER dan kita klik END TASK untuk menutup program tersebut.
Buatlah satu persatu dengan cara CTRL + ALT + DEL (End Task) sehingga habis program tersebut KECUALI program EXPLORER sahaja yang tinggal. Sesudah itu barulah kita mulakan program Scandisk atau pun Disk Defragmenter yang nak kita jalankan.

Scan Disk & Disk Defragmenter 2
On komputer anda dalam save mode, kemudian buatlah scandisk dan defragment seperti biasa. Lepastu restart komputer anda. Pasti anda dapat scandisk dan defrag dengan lebih cepat. (Tidak sesuai untuk window XP)

Penggunaan system restore bagi Windows XP

system restore ini digunakan untuk merestore semua file ataupun apa-apa saja yang telah diinstall dalam komputer anda pada keadaan asal. bagi windows xp terdapat satu system restore wizard yang membolehkan anda me'restore' file anda mengikut tarikh2 tertentu dengan syarat mesti terdapat satu 'restore point'.
cara-cara hendak membuat restore bagi winXP:
1. buka help and support dan taipkan 'system restore' pada ruang searchbox.
2. banyak menu link yang keluar dan pilih "run the system restore wizard".
3. satu menu baru keluar dengan ada dua/tiga pilihan dan buat pilihan anda sama ada untuk merestore file ataupun membuat restore point.

Mencipta Disket Boot
Ketika memasang Windows, pengguna diberi pilihan samada untuk membuat boot disket atau tidak. Pengguna yang tidak membuatnya, boleh melakukan dengan mengakses Start, Setting dan ikon Add/Remove Program. Pilih Tab "Startup Disk" dan masukkan disket kedalam pemacu. Sistem akan menyalin fail tertentu ke disket yang membolehkan sistem operasi diakses ketika "crash" yang teruk.
Kadangkala pengguna juga boleh menyalin fail MSDOS.SYS daripada direktori utama kedalam disket yang sama. Ini akan mengarahkan sistem kepada direktori dimana Windows disimpan.

Mahukan Fail Manager
Walaupun Explorer dan My Computer agak canggih, sebilangan pengguna masih taat kepada cara kerja dengan menggunakan File Manager.
Kepada peminat File Manager, Windows membenarkan pengguna mendapat fungsi dan antaramuka File Manager dengan mudah.
Klik butang Start, pilih Run, taip Winfile dan klik OK. File Manager akan dipapar pada skrin seperti didalam Windows 3.1. Pengguna juga boleh meletakkan ikon File Manager pada Desktop dan menjadikannya sebahagian daripada fungsi desktop.
Gunakan pencari untuk mendapatkan fail Winfile didalam direktori c:/windows (saiznya 152kb) dan salin ke Desktop. Setiap kali ia diklik, antaramuka File Manager dipapar diskrin. Semua fungsi yang didapati didalam File Manager termasuk kekunci pintas disediakan seperti didalam sistem operasi terdahulu.


Menghilangkan Icon Pengawal Bunyi
Pengguna boleh menghilangkan ikon pengawal bunyi pada Taskbar dengan menekan folder Control Panel daripada Settings dan klik ikon Multimedia. Dibawah Tab Audio didalam bahagian Playback, padamkan kawalan fungsi "Show volume control" pada Taskbar dan klik OK.

Masukkan Gambar Anda kedalam Dokumen Anda
Mula-mula imbas gambar anda dengan menggunakan pengimbas (scanner) dan savekan dalam format .tif dalam satu disket. Kemudian didalam dokumen anda seperti MS Word, memasukkan gambar anda itu dengan mengklik arahan Insert di bar menu, kemudian klik arahan Picture / Clip Art dan masukkan disket yang mengandungi gambar yang telah di imbas itu kedalam pemacu cakera A. Klik butang arahan Import picture dan pilih gambar anda dari disket A. Klik butang arahan Import Picture dan pilih gambar anda dari disket A dan kemudian klik OK.


Perintah Go To, Find dan Replace Dalam MS Word
Jika anda perlu mengedit ejaan untuk satu dokumen sepanjang 1000 muka surat. Tentulah menyukarkan jika anda menggunakan cara manual seperti butang scroll, kekunci arah atau tetikus. Cara-cara ini memang membolehkan anda untuk bergerak dengan mudah antara muka surat atau perkataan, tetapi ianya akan memakan masa yang agak lambat.
Cara yang lebih mudah ialah menggunakan fungsi Go To (pergi ke), Find (cari) dan Replace (gantikan). Caranya klik arahan edit di bar menu, klik mana-mana satu arahan samada Find atau Replace atau Go To. Anda akan mendapat kotak dialog yang sama. Anda hanya perlu klik dimana-mana tab arahan yang anda mahu gunakan. Contohnya jika anda ingin pergi ke muka surat 255, klik tab Go To, didalam kotak kosong arahan Go To Page; taipkan nombor 255 dan tekan butang Go To disebelah kanan kotak dialog. Fussssh.. dalam sekelip mata anda akan berada di muka surat 255.

Hilangkan Jaring-Jaring Sel Didalam MS Excel.
Jika anda biasa menggunakan MS Excel, anda tentu biasa dengan dokumen Excel yang dipenuhi dengan petak-petak sel, ianya dikenali sebagai Grid. Sekiranya anda terus mencetak dokumen-dokumen MS Excel, hasil cetakan akan menurut sebagaimana anda lihat diatas skrin monitor, dipenuhi dengan garisan-garisan grid yang kurang menyenangkan mata memandang. Cara menghilangkannya mudah sahaja. Klik arahan File di bar menu, pilih arahan page setup, satu tetingkap dialog page setup akan muncul di skrin. Sila klik tab sheet dan kemudian klik pada pilihan gridlines untuk menghilangkan titik pada pilihan ini. Cuba klik pada butang arahan print preview dan lihat samada garisan-garisan sel tersebut telah hilang atau tidak, dan kemudian cubalah cetak dokumen anda. Saya pasti semua garisan-garisan tersebut tidak akan kelihatan.

Save - Word Art Sebagai Fail Bitmap
Anda mungkin tahu menggunakan Word Art untuk mencipta logo atau sebagai hiasan didalam dokumen-dokumen MS Office anda. Biasanya anda akan savekan word art yang anda reka itu bersama dokumen-dokumen anda itu. Tetapi mungkin anda perlu menggunakan rekaan anda ini didalam dokumen-dokumen lain, untuk ini anda perlu menukar formatnya kepada format bitmap yang boleh dibaca oleh kebanyakan perisian lain. Untuk melakukan ini, pilih mana-mana corak word art yang anda suka, kemudian klik butang kanan tetikus ke atasnya dan klik arahan copy.
Kemudian buka perisian Paint (Start/Programs/Accessories/Paintbrush), kemudian klik arahan Edit didalam Paint dan klik pada arahan Paste. Anda boleh menggunakan Paint untuk menyunting grafik tersebut dan kemudian save kan fail Word Art tersebut didalam format .bmp. Jika anda mahu anda boleh jadikan fail ini sebagai Wallpaper didalam Windows anda.


Kerja Penyelenggaraan
Windows dilengkapi dengan Utiliti bagi menjaga sistem iaitu Scandisk dan Defragmenter. Scandisk berupaya mencari dan membetulkan kerosakan pada cakera keras mahupun disket.
Defragmenter pula digunakan bagi mengoptimumkan tanpa membuang kandungan yang tidak penting atau diperlukan lagi. Jadi luangkan sedikit masa untuk membersihkan dan membuang fail yang tidak diperlukan asalkan JANGAN BUANG fail sistem.
Selain menyediakan ruangan storan bagi kegunaan lain, ruangan storan yang besar turut membantu meningkatkan persembahan keseluruhan sistem. Anda juga harus mempastikan storan cakera keras yang tidak digunakan antara 20 hingga 40MB bagi persembahan optimimum atau operasi Swapfile.
Contohnya, jika kandungan storan kurang 10MB, anda mungkin mengalami masalah mencetak dokumen besar kerana ketika percetakan sistem akan membina direktori sementara bagi cakera keras. Jika ruangan cakera keras kurang, mungkin percetakan terbantut.


Perisian Komponen atau Driver
OS bergantung kepada driver atau pemacu bagi membolehkan sesuatu operasi atau komponen untuk berfungsi seperti kad bunyi, video dan pengimbas.
Antara sebab utama sesuatu komponen tidak berfungsi dengan betul ialah disebabkan kerosakan pada fail pemacu atau versi pemacu lama.
Pengguna digalak menggunakan perisian komponen baru yang boleh didapati dari vendor. Cuma pastikan perisian itu serasi dengan komponen. Jika tiada pemacu baru, pengguna boleh menggunakan perisian yang disediakan oleh vendor ketika mula membeli. Jadi simpan semua disket yang diberi oleh vendor.


Untuk Mempastikan Semua Fail dan Folder Anda Bebas dari Kesilapan Sistem. Apa yang Patut Anda Lakukan?
Klik penunjuk kepada butang Start di Taskbar, tarik penunjuk anda ke Programs, kemudian Accessories dan klik di munu Scan Disk. Pilih arahan Automatically Fix Errors di kotak dialod Scan Disk; kemudian klik start. Scan disk akan membetulkan susunan dan semua kesilapan arahan mikro didalam fail-fail anda. Sekiranya anda mendapat apa-apa kesulitan untuk menjalankan arahan Scan Disk, klik penunjuk tetikus dibutang dengan tanda soal (?) disebelah kanan atas kotak dialog Scan disk anda. Perhatikan penunjuk tetikus di skrin mempunyai tanda soal disebelahnya; klik dimana-mana arahan yang anda tidak faham. Satu arahan atau penerangan ringkas akan kelihatan dan patuhilah arahan langkah demi langkah sebagaimana yang diarahkan.

Apa Yang Patut Anda Lakukan Jika Cakera Keras Anda Terlalu Kecil?
Sekiranya anda rasakan cakera keras komputer anda hampir kekurangan ruang lagi, mungkin anda perlu buat seperti berikut:
Periksa Recycle Bin, dan buang semua fail-fail yang anda rasakan tidak perlu dengan arahan Delete.
Gunakan Scandisk untuk memeriksa kesilapan-kesilapan yang mungkin mengakibatkan penggunaan ruang kosong cakera keras yang berlebihan.
Buatkan salinan fail-fail dari cakera keras kepada disket (cakera liut), kemudian padamkan fail-fail tersebut dari cakera keras anda.
Buangkan komponen-komponen Windows yang anda tidak perlukan. Ini terutamanya bagi pengguna Windows 98 versi upgred (naik taraf dari Windows versi 95).
Ciptakan lebih banyak ruang cakera keras dengan menggunakan arahan Drive-Space untuk mengkompreskan kandungan data cakera keras anda yang sedia ada.


Bagaimana Untuk Memulakan Satu Program?
Klik butang Start di Taskbar dan klik pada arahan Run. Didalam kotak dialog Run, taipkan nama program yang hendak dimulakan mengikut alamat fail program itu dan kemudian klik OK. Jika anda terlupa dimana program tersebut terletak, klik sekali di anak panah dikotak open dan pilih kata nama program yang anda hendak jalankan dan klik butang OK.


Untuk Memulakan Sesuatu Program Setiap Kali Windows Bermula
Mungkin anda perlu menjalankan beberapa program tertentu sebaik sahaja Windos anda dihidupkan terutamanya program seperti Anti-Virus. Bagaimana?
Klik butang Start, alihkan penunjuk kearah Settings. Klik arahan di Taskbar dan klik tab Start Menu Programs. Klik butang Add, kemudian klik butang Browse. Klik dua kali di mana program yang anda mahu. Klik butang Next, dan klik dua kali di Folder Start Up. Taipkan nama program yang anda mahukan dan klik butang Finish. Jika Windows bertanya untuk pilihan ikon, pilih mana-mana satu ikon yang anda mahu dan klik butang Finish.

Modem Senyap

Untuk menghilangkan bunyi bising modem semasa dialing, anda perlu :
- Klik Start Button
- Pergi kepada Setting, Control Panel
- Klik Modem
- Pergi kepada Properties
- Klik pada tab Connection di atas
- Klik pada butang Advanced
- Pada kekotak Extra Setting taipkan N0

Sambungan Modem

Anda tentu marah dan kecewa apabila modem anda tiba-tiba terputus. Ini adalah tip untuk terus bersambung.
Klik Start, Setting dan Control Panel. Klik ikon Modems. Klik Properties, Connection dan klik bebutang Advanced. Dalam kekotak teks Extra Settings, taipkan S10=50.
Arahan ini adalah untuk mengarahkan modem bersambung sebanyak tambahan lima saat jika talian terputus.

Reset Bios

Shut downkan computer. Buka casing cpu cari mana bateri bios tu ... di situ ada satu bahgian jumper ( 3 pin ) dengan satu 'jumper caps' yang tutup 2 daripada 3 pin tu...!!
( ditutup pada pin no 1&2 - )

Buka jumper caps tu pada 2 pin ( no 1&2 ) dan cucuk balik pada jumper pada pin no 2& 3 ...
( tgh dan pin yg tak ditutup pada awal setting tadi )...
biar selama 5 saat... dan pasang semula spt asal...
masukkan jumper caps pada pin 1&2 semula.


Melajukan Dail tone

Start menu > Setting > Control Panel > klik Modem
Properties > Connection > Advanced > Dlm kolum Extra Settings sila taipkan s11=50

Restart komputer dengan 2 klik sahaja

1. Cipta New Shortcut yg baru pd Desktop.
2. Pada ruang command line, paste arahan ini:
C:\WINDOWS\RUNDLL32.EXE shell32.dll,SHExitWindowsEx 0x2
3. Klik Next
4. Namakan shortcut sebagai Restart
5. Klik Finish

Mengubah Registration Windows

Kalau nak ubah Registration Windows menggunakan registry file
Pergi kat HKEY_LOCAL_MACHINE\Software\Microsoft\Windows\CurrentVersion
klik kanan > New > String value
Kalau Registered Owner rename file
rename kan file tadi menjadi > RegisteredOwner
pastu dwi klik dan taip le Owner name
Cth: WarCrewz

Kalau Register Organizer

rename kan file tadi menjadi > RegisteredOrganization
pastu dwi klik dan taip le Company Organizer
Cth: WarCrewz Inc.
Pastu klik kanan kat my computer > properties

Memori (RAM) tak cukup

1.select wallpaper none
2.jangan bukak lebih dari 1 program dalam sesuatu masa...sat gi 'hang'
3.off semua program yg run kat windows..tekan ctrl+alt+del off semua program kecuali 'explorer' & 'systray'

Memadamkan Fail-Fail Yang Tidak DiPerlukan

Terdapat banyak jenis fail didalam komputer kita. Tetapi awas! Jangan padam fail-fail tersebut sesuka hati anda. Diantara fail-fail yang boleh dipadam ialah fail sementara dan fail backup. Gunakan arahan find, taipkan *.tmp Padamkan semua fail yang disenaraikan. Ulangi langkah diatas dengan menaip*.bak Padamkan semua fail yang disenaraikan.

Menggunakan Dakwat Refill

Sekiranya pencetak ink jet anda telah kehabisan dakwat. Anda tidak perlu membeli dakwat yang baru beserta casingnya sekali. Sebaliknya anda boleh mendapatkan ink refill. Pastikan terlebih dahulu jenis pencetak yang anda gunakan. Kemudian pergi ke kedai komputer yang berhampiran untuk mendapatkan ink refill tersebut. Anda dapat menjimatkan wang anda dengan cara ini.

Menghilangkan Taskbar

Sekiranya taskbar sering mengganggu anda ketika anda sedang melakukan tugas. Anda boleh menyembunyikan taskbar dengan cara klik pada "start" button, "setting", "taskbar", "taskbar option". Seterusnya pastikan anda menandakan ruangan hide "taskbar"
Mengubah Kedudukan Taskbar

Anda boleh mengubah kedudukan taksbar kemana sahaja yang anda kehendaki. Hanya klik pada taskbar tanpa melepaskannya. Kemudian seretkan taskbar ke lokasi yang baru. Lepaskan mouse. Sekiranya anda menyeretkan taskbar dari bottom ke top, maka taskbar bar akan berada pada top.


Mendapatkan Program Window Explorer Cara Cepat

Right klik mouse anda pada start button. Pilih "Explore" left klik pada "Explore"
DOUBLE CLICK, ONCE CLICK, LEFT CLICK AND RIGHT CLICK
Anda akan memperolehi lebih banyak rahsia dengan melakukan double click, once click, left click dan right click pada item-item yang tertentu. Ini tidak akan mengganggu sistem komputer anda.

Pergi ke Background Properties Cara Cepat

Anda hanya perlu right click pada background dan dapatkan pilihan properties. Anda akan dapat pergi ke display properties

Mengosongkan Dokumen Pada Start Button

Klik pada start button, pilih settings>taskbar and start menu>start menu programs>clear. Kesemua dokumen yang baru sahaja anda bukan akan dikosongkan.

Menggunakan Program Manager Sebagai Ganti Explorer
Klik pada start button. klik pada run. Taipkan sysedit. Dapatkan fail System.ini. pergi ke bahagian [boot]. Gantikan shell=explorer.exe dengan shell=winfile.exe. Restart komputer anda. Setelah komputer dihidupkan. Komputer anda akan menggunakan program manager dan bukannya explorer.

Menggunakan Fungsi Tetingkap Pada Keyboard WIN95

Bagi anda yang menggunakan keyboard Win95, anda boleh menggunakan short cut yang berikut.
1. Windows-E = untuk membuka Windows Explorer
2. Windows-F = untuk membuka Find
3. Windows-M = Untuk mengecilkan "minimize" windows
(atau Shift + Windows + M membatalkan arahan sebelum ini "undo")
4. Windows-R = untuk membuka Tetingkap bagi arahan Run
5. Windows-F1 = untuk mendapatkan arahan Help
6. Windows-Tab = Untuk berpusing sekitar butang Taskbar
7. Windows-Break = untuk membuka System Properties dialog box
Menggunakan Jalan Pintas Dalam WIN98


Bagi anda yang menggunakan sistem operasi Win98, anda boleh menggunakan jalan pantas berikut tanpa menggunakan Mouse/Tetikus.
1. Untuk meminimumkan tetingkap yang sedang aktif, tekan Alt-spacebar, N.
2. Untuk memaksimumkan tetingkap yang sedang aktif, tekan Alt-spacebar, X.
3. Untuk mengembalikan tetingkap yang sedang aktif, tekan Alt-spacebar, R.
4. Untuk menutup tetingkap yang sedang aktif, tekan Alt-spacebar, C (atau lebih mudah lagi,
tekan Alt-F4).

LAMAN UTAMA